Labels

Haiwan Ganjil di Dunia

Apakah haiwan-haiwan ini?
Setiap hari lebih daripada 10 penemuan haiwan baru dijumpai terutamanya di dasar laut, seolah-olah masih wujud alam yang belum manusia terokai. Walaupun teknologi pengklonan sedang giat dikembangkan tapi penyebaran benih secara semulajadi tidak pernah berhenti menyebabkan satu demi satu haiwan baru terhasil.
 

Mari Kita Kenali Haiwan Ganjil di Dunia
 

Alpaka alpaca
Mudah didapati di Selatan Amerika dan sering dianggap sebagai Llamas. Tidak seperti Llamas, Alpaka hidup di atas bukit dan tidak mampu menanggung beban yang besar. Biasanya manusia memburu atau menternaknya untuk mendapatkan bulu daripadanya. Tidak menyerupai kambing yang bertompok-tompok,biasanya Alpaka datang lengkap dengan 1 pakej warna yang sempurna jadi secara teorinya, seekor Alpaka sama dengan sehelai baju sejuk.
 

Angora Rabbit
Seekor lagi haiwan yang diternak untuk bulunya. Wujud di Ankara,Turkey bersama-sama dengan Kucing Angora dan Kambing Angora yang mana mereka semua mempunyai persamaan iaitu bulu yang tersangat lebat. Dipercayai salah satu spesies arnab yang tertua di dunia. Arnab ini nampak besar disebabkan bulunya, kalau bogelkan,pasti saiz badan dia tidak besar mana pun.

Blobfish
Jujurnya, binatang ni agak hodoh tapi sangat menarik. Blobfish memang sukar ditemui sebab wujud di dasar laut dalam. Yang uniknya ikan yang agak hodoh ini, ia menggunakan sedikit tenaga untuk bergerak disebabkan tiada otot dan ketumpatan badannya, kurang sedikit daripada air. Jadi, untuk ia bergerak di dalam laut, ia hanya mengubah beratnya sedikit bagi mengurangkan ketumpatan dirinya menyebabkan ianya terapung. Untuk makan, ia hanya membuka mulutnya dan menelan apa sahaja yang masuk ke dalam mulutnya ala-ala ‘Blackhole’.
 
Yeti Crab
Ketam ini ditutupi bulu yang dipercayai sutera. Tinggal di tengah-tengah laut dan dalam kedalaman 7200 kaki dari permukaan laut. Ketam ini mampu menghasilkan genetik baru membentuk spesies baru dan dipercayai matanya tidak berfungsi atau buta. Bulunya yang cantik itu didiami oleh sejenis bakteria yang mana bakteria ini hidup secara simbiosis. Bakteria ini akan menyembuhkan ketam ini daripada diracuni bahan-bahan kimia yang pelik di tempat ia (ketam) diami. Secara tidak lansung, racun itu sebenarnya makanan kepada bakteria tersebut dan makanan untuk ketam ini ialah Alga Hijau dan udang kecil.
 
Frigatebird

Burung ini mempunyai belon di bawah paruhnya dan yang pasti, paruhnya tidak mampu untuk menyentuh belon tersebut. Belon itu sebenarnya adalah lambang kemegahan buat burung jantan. Semasa musim mengawan, burung jantan akan mengembangkan belon tersebut untuk memikat burung betina.
 


4 comments:

  1. Informasi yang menarik perhatian!

    ReplyDelete
  2. Haiwan-haiwan yang comel...tetapi BLOBFISH agak menakutkan!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perhatian kalian, minta maaf jika menakutkan anda ya...

    ReplyDelete