Labels

Lagu Haiwan

Lagu Bunyi Haiwan
Marilah kita belajar pelbagai bunyi haiwan melalui lagu ini.
 

Haiwan Ganjil di Dunia

Apakah haiwan-haiwan ini?
Setiap hari lebih daripada 10 penemuan haiwan baru dijumpai terutamanya di dasar laut, seolah-olah masih wujud alam yang belum manusia terokai. Walaupun teknologi pengklonan sedang giat dikembangkan tapi penyebaran benih secara semulajadi tidak pernah berhenti menyebabkan satu demi satu haiwan baru terhasil.
 

Mari Kita Kenali Haiwan Ganjil di Dunia
 

Alpaka alpaca
Mudah didapati di Selatan Amerika dan sering dianggap sebagai Llamas. Tidak seperti Llamas, Alpaka hidup di atas bukit dan tidak mampu menanggung beban yang besar. Biasanya manusia memburu atau menternaknya untuk mendapatkan bulu daripadanya. Tidak menyerupai kambing yang bertompok-tompok,biasanya Alpaka datang lengkap dengan 1 pakej warna yang sempurna jadi secara teorinya, seekor Alpaka sama dengan sehelai baju sejuk.
 

Angora Rabbit
Seekor lagi haiwan yang diternak untuk bulunya. Wujud di Ankara,Turkey bersama-sama dengan Kucing Angora dan Kambing Angora yang mana mereka semua mempunyai persamaan iaitu bulu yang tersangat lebat. Dipercayai salah satu spesies arnab yang tertua di dunia. Arnab ini nampak besar disebabkan bulunya, kalau bogelkan,pasti saiz badan dia tidak besar mana pun.

Blobfish
Jujurnya, binatang ni agak hodoh tapi sangat menarik. Blobfish memang sukar ditemui sebab wujud di dasar laut dalam. Yang uniknya ikan yang agak hodoh ini, ia menggunakan sedikit tenaga untuk bergerak disebabkan tiada otot dan ketumpatan badannya, kurang sedikit daripada air. Jadi, untuk ia bergerak di dalam laut, ia hanya mengubah beratnya sedikit bagi mengurangkan ketumpatan dirinya menyebabkan ianya terapung. Untuk makan, ia hanya membuka mulutnya dan menelan apa sahaja yang masuk ke dalam mulutnya ala-ala ‘Blackhole’.
 
Yeti Crab
Ketam ini ditutupi bulu yang dipercayai sutera. Tinggal di tengah-tengah laut dan dalam kedalaman 7200 kaki dari permukaan laut. Ketam ini mampu menghasilkan genetik baru membentuk spesies baru dan dipercayai matanya tidak berfungsi atau buta. Bulunya yang cantik itu didiami oleh sejenis bakteria yang mana bakteria ini hidup secara simbiosis. Bakteria ini akan menyembuhkan ketam ini daripada diracuni bahan-bahan kimia yang pelik di tempat ia (ketam) diami. Secara tidak lansung, racun itu sebenarnya makanan kepada bakteria tersebut dan makanan untuk ketam ini ialah Alga Hijau dan udang kecil.
 
Frigatebird

Burung ini mempunyai belon di bawah paruhnya dan yang pasti, paruhnya tidak mampu untuk menyentuh belon tersebut. Belon itu sebenarnya adalah lambang kemegahan buat burung jantan. Semasa musim mengawan, burung jantan akan mengembangkan belon tersebut untuk memikat burung betina.
 


Kuiz Sains

 Kuiz Sains Tahun 2

1. Benda hidup memerlukan air, makanan dan ________ untuk
    hidup.
    A. tempat tinggal
    B. udara
    C. tanah

2. Haiwan memerlukan udara, air, makanan dan _________ untuk
    hidup.
    A. tanah
    B. tempat tinggal
    C. rumput

3. Berikut adalah benar kecuali
    A. Buaya ialah haiwan yang bertelur.
    B. Rama-rama bergerak dengan cara berjalan.
    C. Sesetengah haiwan penting kerana membekalkan makanan
         kepada manusia dan haiwan yang lain.

4. Tikus dan lipas mempunyai cara permakanan yang sama iaitu
    A. makan haiwan sahaja
    B. makan tumbuhan sahaja
    C. makan haiwan dan tumbuhan

5. Antara haiwan berikut yang manakah tinggal di hutan?
    A. kucing
    B. penyu
    C. beruang

Selamat Mencuba  


Cara haiwan bergerak

 
 



Aktiviti Sekolah

TeknologiMaklumat dan Komunikasi dalam Dunia Sains & Teknologi 

Standard Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang terkandung dalam Dunia Sains dan Teknologi (KSSR) bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas TMK serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan kreatif mengikut kebolehan murid. 
Lab komputer multimedia menyediakan kelengkapan bagi murid belajar TMK.
 
Murid-murid sedang melayari internet untuk mencari maklumat. 
 

Latihan Tambahan


    Latihan Tambahan

   
    (A) Gambar di atas menunjukkan haiwan-haiwan yang hidup dalam
          _________.

    (B) Senaraikan 6 nama haiwan yang terdapat dalam gambar di atas.  

          Jawapan: 1)_________________
                          2)_________________
                          3)_________________
                          4)_________________
                          5)_________________
                          6)_________________

Zoo Mini

 
JOM KE ZOO MINI !
 


Haiwan Hidup Dalam Hutan
 
Rusa
Harimau
Orang utan
Serigala
Tupai
Beruang

Sayangilah Alam Semulajadi Kita ,

       Lindungilah Haiwan Dalam Hutan !  

Bunyi Kicauan Burung

Relaks! Tenangkan fikiran anda dengan bunyi kicauan burung.....

Video Klip: Keperluan Asas Haiwan

Cara Pembiakan Haiwan



Cara pembiakan haiwan terbahagi kepada:

a)  Haiwan yang bertelur 


Penguin
Katak 
Burung


          
            
                        Semut
Ular
                  

b)  Haiwan yang beranak

Arnab, hamster,kucing dan anjing
Tikus



                 









Singa




Monyet














Mari Cuba Menjawab!

Bulatkan keperluan asas haiwan yang betul berdasarkan gambar.
1. 

air
makanan
tempat perlindungan


2.



makanan
air
tempat perlindungan


3.



air
makanan
udara


4.



air
makanan
tempat perlindungan



Kepentingan Haiwan

Kepentingan Haiwan Untuk Manusia

1) Membekalkan makanan dan minuman kepada manusia



daging ayam
telur ayam
                
ikan
susu


 2. Membekalkan bulu dan kulit untuk dijadikan baju, beg dan
     kasut. 



bulu kambing biri-biri
baju bulu kambing biri-biri
kasut kulit buaya
beg kulit ular

 3. Membantu manusia mengangkut barang, membuat kerja harian.
 
Monyet menolong manusia memetik kelapa
 
Kerbau membantu manusia membajak sawah.
 
Kuda menarik kereta untuk membawa penumpang.
 
  
Gajah membantu manusia mengangkat balak.
 
 

Keperluan Asas Haiwan

       Keperluan Asas Haiwan       

Semua haiwan memerlukan udara, air, makanan dan tempat perlindungan untuk hidup.
  1. Haiwan memerlukan makanan dan air untuk membesar dan kekal sihat.
  2. Haiwan memerlukan udara untuk bernafas.
  3. Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya, hujan, panas matahari serta boleh menjaga keselamatan anak-anaknya.